Search

Blogged.my

Martabat 6 & 7


والمرتبة السادسة:
مرتبة عالم الأجسام وهي عبارة عن الأشياء الكونية الكثيفة التي تقبل التجزى والتبعض.
Martabat Alam Ajsām (مرتبة عالم أجسام) namanya. Iaitu ibarat daripada segala ashyā’ yang dijadikan murakkab ia, lagi kasyaf, yang menerima suku, lagi bersetengah.
والمرتبة السابعة:
المرتبة الجامعة لجميع المراتب المذكورة الجسمانية واالنورانية والوحدة والواحدية وهي التجلي الأخير وهي الإنسان فهذه سبع مراتب الأولى منها مرتبة اللاظهور والستة الباقية منها هي مراتب الظهور الكلية والأخيرة منها أعنى الإنسان إذا عرج وظهرت فيه جميع المراتب المذكورة مع انبساطها على الوجه الأكمل كان في نبينا صلى الله عايه وسلم ولهذه كان خاتم النبيين.

Al-Jāmi’ah (الجامعة) [Martabat Yang Menghimpunkan] namanya, ialah yang menghimpunkan segala martabat yang tersebut itu, iaitu Alam Ajsām dan Alam Mithal, dan Alam Arwāh, dan martabat Wadah, Wāḥidiyyah, maka inilah dinamakan “Tujuh Martabat”. Martabat yang pertama daripada tujuh, iaitu Lā uhūr (لا ظهور) namanya. Martabat enam lagi daripada tujuh itu, iaitu Martabat uhūr (مرتبة ظهور) namanya. Dan akhir daripada martabat yang enam itu ku kehendaki akan dia insan, apabila taraqqilah ia. Dan zahirlah padanya sekalian martabat yang tersebut itu suatu serta inbisāṭnya (إنبساط) [lulus ma’rifatnya] ghairu murakkab. Dinamai akan dia Insan Kamil (إنسان كامل) [Manusia sempurna ma’rifat akan Tuhannya]. Dan adalah taraqqi dan takhalluq bi akhlāqillah (تخلق بأخلاق الله) dengan pihak yang terlebih sempurnanya itu pada Nabi kita Muhammad SAW. Kerana inilah jadi kesudahan segala Nabi.

No comments:

Post a Comment