Search

Blogged.my

Martabat 3, 4 & 5


والمرتبة الثالثة:
مرتبة التعين الثاني وهى عبارة عن علمه تعالى بذاته وصفاته وبجميع الموجودات على طريق التفصيل وامتياز بعضها عن بعض وهذه المرتبة تسمى الواحدية والحقيقة الإنسانية فهذه ثلاث مراتب كلها قديمة أزلية والتقديم والتأخير عقلي لا زماني.
Ta’ayyun Thānī (تعين ثاني) namanya. Iaitu ibarat daripada ilmu Haq Ta’ala akan zatNya, dan akan segala sifatNya, dan akan segala maujud, dan atas jalan tafṣīl [pada perceraian] dan beza setengahnya atas setengahnya. Maka martabat ini dinamai akan dia Martabat Wāḥidiyyah (مرتبة واحدية). Dan Martabat Insan pun namanya. Martabat yang ketiga ini, ketiga-tiganya adalah qadim. Maka taqdimnya dan ta’khirnya itu pada akal jua, tiada pada masa.
والمرتبة الرابعة:
مرتبة الأرواح وهي عبارة عن الأشياء الكونية المجردة البسيطة التي ظهرت على ذراتها وعلى أمثالها.
Martabat Alam Arwah (مرتبة عالم أرواح) namanya. Iaitu ibarat daripada segala ashyā’ (أشياء) [sesuatu yang dijadikan oleh Allah SWT] yang tunggal ia, tiada murakkab [bersusun] daripada madah, yang zahir ia pada segala zatnya dan pada segala bagainya.
والمرتبة الخامسة:
مرتبة عالم المثال وهو عبارة عن الأشياء الكونية المركبة اللطيفة لا تقبل التجزى والتبعيض والخرق والالتئام.
Martabat Alam Mithal (عالم مثال) namanya. Iaitu ibarat daripada segala ashyā’ yang dijadikan murakkab, lagi laṭīf [yang halus], yang tiada menerima suku, dan tiada menerima setengahnya, dan tiada menerima فسق.

No comments:

Post a Comment