Search

Blogged.my

Muka Surat 8-10


وأن أسماء مرتبة الألوهية لا يجوز إطلاقها مراتب الكون والخلق وكذلك لا يجوز إطلاق أسماء مراتب الكون والخلق على مرتبة الألوهية.
Dan bahawasanya segala nama martabat ketuhanan itu sekali-kali tiada menamakan dia akan martabat makhluk. Dan demikian , demikian lagi lagi tiada menamakan namaNya.

وأن لذلك الوجود كمالين أحدهما كمال ذاتي وثانيهما كمال أسمائي.
Bahawasanya adalah bagi wujud itu dua kesempurnaan. Pertama: Kamāl Dhātiyyi. Kedua: Kamāl Asmā’iyyi.
أما الكمال الذاتى فهو عبارة عن ظهوره تعالى على نفسه بنفسه في نفسه لنفسه بلا اعتبار الغير والغيرية.
Ada pun Kamāl Dhātiyyi itu, iaitu ibarat daripada uhūr Haq Ta’ala daripada diriNya, dengan diriNya, dalam diriNya, bagi diriNya dengan tiada iktibar lain dan sekalian.
والغني المطلق لازم لهذا الكمال الذاتي ومعنى الغني المطلق مشاهدته تعالى في نفسه جميع الشؤون والإعتبارات الإلهية والكيانية مع أحكامها ولوازمها ومقتضياتها على وجه كل جملي لاندراج الكل في بطون الذات ووحدته كاندراج النخلة في النواة وجميع الأعداد في الواحد العددي.
Ada pun Ghaniy Mulāq lazim pada Kamāl Dhātiyyi itu, pada maknanya. Ghaniy Mulāq [Kaya semata-mata] itu, iaitu musyahadah Haq Ta’ala pada diriNya akan sekalian shu’un (شؤون) dan I’tibār Ilāhī (إعتبار إلهي) [Kelakuan ketuhanan akan segala kelakuan makhluk] dan ketiadaan segala hukumNya, segala lawazimNya, dan segala yang dikehendakiNya atas wajah yang kaya lagi mujmal (على وجه كل جملي) [Atas jalan sekaliannya yang berhimpun] kerana sembunyi sekalian itu pada batin zat dan pada wahdahNya seperti tersembunyi segala bilangan di dalam bilangan yang esa.
وإنما سميت غني مطلقا لأنه تعالى بهذه المشاهدة مستغن عن ظهور العالم على وجه التفصيل ولا حاجة له في حصول المشاهدة إلى العالم وما فيه لأن مشاهدة جميع الموجودات حاصلة له تعالى عند اندراج الكل في بطونه ووحدته.
Dan sesungguhnya dinamai akan Kamāl Dhātiyyi itu dengan Ghaniyy Mulāq dari kerana bahawasanya adalah Haq Ta’ala pada musyahadah itu kaya daripada menzahirkan alam. Pada pihak tafṣīl tiadalah hajat padaNya menghasilkan musyahadaNya kepada alam barang yang dalamnya dari kerana bahawasanya adalah musyahadah Haq Ta’ala akan segala maujud.
وهذه المشاهدة تكون شهودا غيبيا علميا كشهود المفصل في المجمل وشهود الكثير في الواحد والنخلة مع أغصانها وتوابعها في النواة الواحدة.
Dan hasil bagi Haq Ta’ala tatkala tersembunyi segala shu’un pada batin musyahadah ghaib, lagi alam seperti musyahada akan banyak dalam esa. Dan seperti musyahadah akan pohon kurma serta segala cawangnya dan segala yang mengikutkan dia dalam suatu biji.

No comments:

Post a Comment