Search

Blogged.my

Muka Surat 18-19


وقوله صلى الله عليه وسلم عن الله عز وجل "ولا يزال يتقرب إليّ بالنوافل حتى أحبه فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها" وقوله صلى الله عليه وسلم "إن الله تعالى يقول يا ابن آدم مرضت فلم تعدني وجعت فلم تطعمني" وروي الترمذي في حديث طويل "والذي نفس محمد بيده لو أنكم دليتم بحبل إلى الأرض السفلى لهبط على الله ثم قرأ هو الأول والآخر والظاهر والباطن وهو بكل شيء عليم" إلى غير ذلك من الأحاديث الصحيحة.

وأما أقوال العارفين الدالة على وحدة الوجود فكثيرة لا تتأتي في العد والحصر ولذا لم أذكرها وإن شئت فعليك بمطالعة نسخهم تجد ما قلناه إن شاء الله تعالى.

أيها الطالب إن أردت الوصول إلى الله تعالى فالزم متابعة النبي صلى الله عليه وسلم أولاً قولا وفعلا ظاهرا وباطنا أيضا ثم افعل مراقبة وحدة الوجود ثانيا التي هي عين معنى الكلمة الطيبة من غير اشتراط الوضوء وإن وجد فهو أولى ولا تخصيص وقت دون وقت ومن غير ملاحظة النفس دخولاً وخروجا في المراقبة ولا ملاحظة حروف الكلمة الطيبة بل لا تلاحظ إلا المعنى فقط في كل حالة قائما وقاعدا ماشيا ومضطجعا ومتحركا وساكنا شاربا وآكلا.

Dan lagi sabda Nabi SAW dalam Hadith Qudsi, “Senantiasa hambaKu mendampingkan dirinya kepadaKu dengan membawa segala amal sunat hingga Ku kasih akan dia. Maka apabila Ku kasih akan dia, maka adalah Aku pendengarnya yang mendengar ia dengan dia, dan penglihatnya dengan dia, dan tangannya yang menjabat ia dengan dia, dan kaki yang berjalan ia dengan dia”.

Dan lagi sabda Nabi SAW, “Bahawasanya Allah Ta’ala berfirman. “Sakit Aku, maka mengapa tiada kau kunjung akan Daku. Dan lagi pergi, maka mengapa tiada engkau beri akan Daku”, hingga kesudahannya.

Dan diceritakan oleh Imam Tarmizi dalam Hadith yang lanjut, “Demi nyawa Muhammad pada tangan sifatNya, bahawasanya jikalau kamu ulurkan akan suatu tali ke bumi nescaya sampai ia kepada Allah Ta’ala”. Maka dibaca Nabi SAW:

"هُوَ الأوَّلُ وَالآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ" سورة الحديد: 3
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [yang permulaan, dan yang akhir, dan yang zahir pada orang yang Arif, dan yang batin, ertinya yang tersembunyi bagi orang yang am]

Adapun qaul segala imam yang ‘Arif Billah mendilalatkan [Menunjukkan] atas keesaan wujud Haq Ta’ala itu amat banyak dengan sekira-kira tiada terbilang dan tiada dapat ditentukan. Dari kerana inilah tiada ku sebutkan. Dan bahawasanya jika kau kehendaki maka hendaklah engkau muṭāla’ahkan, nescaya kau peroleh insya’ Allah Ta’ala.

Hai ṭālib al-Haq, jika kau kehendak wuṣūl (الوصول) [Sampai kepada ma’rifah] kepada Allah Ta’ala, pertama: hendaklah kau kekal mengikut Nabi SAW pada perkataannya dan perbuatannya zahirnya dan batinnya. Kemudian kau kerjakan muraqabah akan Haq Ta’ala. Pada kedua kalinya muraqabah dengan makna kalimah ayyibah tiada dengan syarat berair sembahyang. Dan jika ada air sembahyang, maka iaitu terutamanya. Dan tiada ditentukan muraqabah suatu waktu, dan tiada disyaratkan muraqabah itu memelihara nafas pada masuknya dan keluarnya pada muraqabah. Dan tiada syarat memelihara akan segala huruf kalimah ayyibah tetapi tiada kamu pelihara, melainkan maknanya jua. Hanya pada tiap-tiap hal, berdiri, atau berjalan, duduk, berbaring, bergerak atau diam, makan atau minum.

No comments:

Post a Comment