Search

Blogged.my

Muka Surat 13-14


وأن القرب قربان قرب النوافل وقرب الفرائض. أما قرب النوافل فهو زوال الصفات البشرية

"صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَعْقِلُونَ" سورة البقرة: 171
mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta. Oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.

"لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا...الآية" سورة الأعراف: 179
yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).

وظهور صفاته تعالى عليه بأن يحيي ويميت بإذنه ويسمع ويبصر من جميع جسده لا من الأذن والعين فقط وكذا يسمع المسوعات من بعيد ويبصر المبصرات من بعيد وهذا معنى فناء الصفات في صفات الله تعالى وهو ثمرة النوافل.
Dan bahawasanya adalah qurbu (قرب) [Hampir hamba kepada Allah Ta’ala] itu dua bahagian:

Pertama: Qurbu Nawāfil (قرب النوافل) [Hampir sunat].
Kedua: Qurbu Farāi (قرب الفرائض) [Hampir fardhu].

Ada pun qurbu nawāfil itu, iaitu hilang segala sifat bashariyah dan zuhurlah segala sifat Haq Ta’ala atasnya seperti bahawa ia dengan menghidupkan dan mematikan dengan izin Allah. Dan mendengar, dan melihat dengan sekalian jasadnya, tiada ia mendengar dengan telinga jua dan tiada melihat dengan mata jua. Demikian lagi didengarnya suara dari jauh. Dan dilihatnya akan segala rupa dari jauh. Dari qias inilah ku qiaskan makna sifat Allah Ta’ala, iaitu faedah qurbu nawāfil (قرب النوافل).

وأما قرب الفرائض فهو فناء العبد بالكلية عن شعوره بجميع الموجودات حتى عن نفسه أيضا بحيث لم يبق في نظره إلا وجود الحق سبحانه وتعالى

"إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا" سورة الإسراء: 81
sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.

وهذا معنى فناء العبد في الله تعالى وهو ثمرة الفرائض.
Ada pun qurbu faraid (قرب الفرائض) itu, maka iaitu fana’ ‘abdin dengan kulliyah (كلية) [Hampir fardhu, iaitu fana’ dengan sekalian daripada sekalian makhluk hingga fana’ ia daripada dirinya dengan sekira-kira tiada kekal di dalam hatinya melainkan Allah SWT] daripada ingat akan sekalian maujudat hingga akan dirinya sekali pun dengan sekira-kira tiadalah makna fana’ ‘abdin pada Allah Ta’ala, iaitulah faedah qurbu faraid (قرب الفرائض).

No comments:

Post a Comment