Search

Blogged.my

Muka Surat 14-15


وأما القائلين بوحدة الوجود (ليس لفظة وحدة الوجود اصطلاحا خاصا عند أهل الله بل هي الذوق الخاص الوجداني الذي لا يصلح وضعه تحت عنوان كلامي) منهم من يعلم أن الحق سبحانه وتعالى في الخلق ومنهم من يشاهد الحق في الخلق

"وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الأرْضِ...الآية" سورة الأنعام: 3
Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi
" أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ...الآية" سورة الملك: 16
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu
شهودا حاليا بالقلب وهذه المرتبة أعلى وأولى من الأولى ومنهم من يشاهد الحق في الخلق والخلق في الحق بحيث لا يكون أحدهما مانعا عن الآخر فهذه المرتبة الأخيرة أولى وأعلى من المرتبتين السابقتين وهى مقام الأنبياء والأقطاب بمتابعتهم من المحال أن تحصل المرتية الوسطى من تلك المراتب الثلاثة لمن خالف الشريعة والطريقة فضلا عن المرتبة الأخيرة التي هي أعلى مما سواها من المرتبتين.

Dan bahawasanya adalah setengah daripada segala yang mengatakan wihdatul wujud, iaitu barangsiapa mengetahui bahawasanya Haq SWT adalah haqiqat segala maujudat. Dan batinnya dengan ‘ilmil yaqin tetapi tiada dimusyahadahkannya akan Haq SWT pada makhluk. Dan setengah daripada mereka itu yang memusyahadahkan Haq SWT pada makhluk dengan memusyahadahkan hal qalbinya. Maka martabat ini terutama, dan tera’al (أعلى) daripada martabat yang pertama [Dan setengah daripada mereka itu telah sampai kepada syuhud akan yang demikian itu dengan hati dan hal dan terlebih tinggi daripada martabat yang dahulu itu]. Dan setengah daripada mereka itu yang memusyahadahkan Haq Ta’ala pada makhluk dan memusyahadahkan makhluk pada Haq Ta’ala dengan sekira-kira tiada ada salah suatu daripada dua itu menegahkan akan yang kedua [Dan setengah daripada mereka itu telah sampai kepada syuhud akan Allah Ta’ala di dalam kejadian makhluk dan syuhud ia akan makhluk itu, di dalamnya perbuatan dengan sekira-kira tiada menegahkan salah suatu daripada keduanya]. Maka martabat yang kemudian itu terutama dan tera’la daripada martabat yang dahulu itu. Iaitulah maqam segala Anbiya’ dan segala Qutub sebab mengikut mereka itu akan Nabi mereka itu. Dan sekali-kali tiada diperoleh martabat yang kedua daripada yang ketiga itu pada barangsiapa menyalahi syariat, dan thariqat yang istimewa pula pada martabat yang tinggi yang ketiga itu, iaitu lalulah yang sama tara a’la (tinggi).

No comments:

Post a Comment