Search

Blogged.my

Matan Risalah


متن الرسـالة
اعلموا يا إخواني أسعدكم الله تعالى وإيانا أن الحق سبحانه وتعالى هو الوجود وأن ذلك الوجود ليس له شكل ولا حدّ ومع هذا ظهر وتجلي بالشكل والحدّ ولم يتغير عما كان عليه من عدم الشكل والحدّ بل هو الأن كما كان. وأن ذلك الوجود واحد والألباس مختلفة. وأن ذلك الوجود حقيقة جميع الموجودات وباطنها. وأن جميع الكائنات حتى الذرة لا تخلو عن ذلك الوجود.
Ketahui olehmu hai saudaraku, lagi dianugerahi Haq SWT akan kiranya bahagia akan kami dan akan kamu bahwasanya Haq SWT itu,yaitu wujud itu. Maka tiada bagiNya rupa dan tiada had dan tiada tersimpan dan tiada berbilang-bilang dan tiada bagiNya hingga dan tiada baginya ketentuan dan serta ini di zahirkanNya dan di nyatakanNya akan rupa dan hingga. Tetapi tiada Dia berubah daripada adaNya yang tiada berupa dan tiada berhingga itu tetapi ada sekarang ini seperti adaNya yang dahulu jua, dan maharNya (مظهر) [Menurut Shaikh Abdul amad al-Falimbani ialah tempat zahir] itu berlain-lainan dan berbilang-bilang. Dan bahawasanya wujud itu haqiqat sekalian maujud itu dan batinnya. Dan bahawasanya sekalian maujud itu hingga dharrah (ذرة) [Menurut Shaikh Abdul amad al-Falimbani ialah “satu semut yang kecil daripada Qudrat Allah Ta’ala”] jua pun tiada sunyi daripada wujud itu.
وأن ذلك الوجود ليس بمعنى التحقيق والحصول لأنهما من المعاني المصدرية وليسا بموجودين في الخارج فلا يطلق الوجود بهذا المعنى على الحق الموجود في الخارج تعالى الله عن ذلك علوا كبيرا بل عنينا بذلك الوجود الحقيقة المتصفة بهذه الصفات أعنى وجودها بذاتها ووجود سائر الموجودات بها وانتفاء غيرها في الخارج.
Dan bahawasanya wujud itu tiada pada makna tahqiq dan usul dari kerana keduanya itu daripada makna madariyyah. Tiada maujud keduanya pada kharij. Maka tiada harus dikatakan wujud itu dengan makna itu pada Haq Ta’ala yang maujud pada kharij. Maha Tinggi Haq Ta’ala daripada perkataan demikian itu dengan ketinggianNya yang amat besar, tetapi kami kehendak wujud itu haqiqat yang bersifat dengan segala sifat itu. Ertinya ku kehendak wujud itu dengan zatNya dan wujud segala maujud itu dengan sebabNya. Dan tiada wujud lain daripadanya pada kharij.
وأن ذلك الوجود من حيث الكنه لا ينكشف لأحد ولا يدركه العقل ولا الوهم ولا الحواس ولا يتأتي في القياس لأن كلهن محدثات والمحدث لا يدرك بالكنه إلا المحدث تعالى ذاته وصفاته عن الحدوث علوا كبيرا .
Dan bahawasanya wujud itu daripada pihak diketahui tiada nyata pada seseorang jua pun, dan tiada mendapat akal dan tiada mendapat di waham, dan tiada mendapat di pancaindera kerana tiada bagiNya had rupa. Dan barangsiapa berkehendak jalan mendapat akan dia nescaya mengusahai akan dia pada jalan yang mustahil. Tetapi tiada mendapat daripada demikian itu melainkan dengan ilmu kasyaf bagi barang yang di sana. Dan tiada masuk ia dalam qiyas dari kerana bahawasanya sekalian itu mudith. Maka yang mudith itu sekali-kali tiada mendapat kepada kepada yang qadim melainkan sama mudith jua. Maha Tinggi zat SWT, dan sifatNya daripada didapat segala yang mudith dengan ketinggianNya Yang Maha Besar.
ومن أراد معرفته من هذا الوجه وسعى فيه فقد ضيع وقته وأن لذلك الوجود مراتب كثيرة.
Maka barangsiapa menghendaki mengenal Haq Ta’ala daripada pihak itu dan diusahakannya akan dia, maka disungguhinya di sisi segala waktunya. Dan bahawasanya adalah bagi wujud itu martabat amat banyak.

No comments:

Post a Comment